lebih kurang 1/2 jam saje lagi kita semua akan menyambut tahun baru 2012.
terasa kejap sangat! wani rasa tak percaya wani dah nak masuk sekolah menengah.
tadi pagi, wani pergi sekolah dengan ayah nak daftar tingkatan 1.
tapi pendaftaran tu ditunda 2 Januari.
buat penat je wani jalan kaki dari rumah ke sekolah dengan ayah.
nasib baik tak jauh sangat.
semalam, wani pergi PC FAIR. ibu belikan wani....
MP4!! wani punya kaler purple tu. terima kasih ibu and ayah sebab belikan.
mula-mula wani nak beli henfon baru tapi takpelah dapat ni pun boleh.
lepas tu wani pergi beli kasut sekolah baru dengan beg baru! semua baru sebab sekolah pun yang baru!
dan.. wani pun beli cermin mata baru dekat FOCUS POINT.
cermin mata wani dah patah. huhuhu.
khamis nanti baru dapat sebab cermin mata wani kena tempah.
sekarang ni wani terpaksa gam cermin mata wani yang patah tu guna gam gajah. hahaha
okey lah, SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!!!
ops lupa pulak azam wani untuk tahun 2012 ni ialah...
1. tingkatkan keyakinan diri supaya tak dibuli dekat sekolah menengah nanti.
2. nak belajar rajin-rajin. wani tak nak ulang lagi macam sekolah rendah dulu.
ok tu je lah, byebye!
No comments:
Post a Comment